Fungsi kata tanya, seperti yang dijelaskan dalam Tatabahasa Dewan dan
Kamus Linguistik adalah untuk mengemukakan soalan atau membuat pertanyaan
seperti dalam ayat:
1.
Siapakah
yang datang pagi tadi?
2.
Ke mana
ibumu minggu lepas?
3.
Bagaimanakah
peristiwa itu boleh berlaku?
4.
Mengapa
saya tidak dipanggil untuk ditemu duga?
5.
Di manakah
rumah Puan Asiah?
6.
Kenapa
En. Lim tidak hadir?
7.
Kepada siapakah
dapat saya mengadu hal ini?
8.
Bilakah
Naveen akan balik?
9.
Yang manakah
antara dua loket ini, menjadi pilihan anda?
10.
Berapakah
harga sebuah rumah itu?
Penggunaan kata
tanya dalam ayat-ayat di atas memang wajar digunakan untuk mendapat keterangan
tentang sesuatu hal. Misalnya, dalam ayat 1 pertanyaan dibuat untuk ingin tahu
orang yang datang pagi tersebut, dan dalam ayat 2 pula tempat yang dituju oleh
ibu pada minggu lepas hendak diketahui manakala dalam ayat 5 pertanyaan dibuat
untuk ingin tahu tempat tinggal Puan Asiah. Sementara itu, dalam ayat 8 pula
soalan tersebut ditujukan untuk mendapat tahu masa Naveen akan pulang, manakala
harga sebuah rumah hendak diketahui dalam ayat 10. Memang wajar ayat-ayat tanya
ini memuatkan kata tanya di dalamnya untuk menimbulkan pertanyaan.
Tetapi kini
sudah muncul binaan-binaan ayat yang dimasukkan ayat tanya dalam ayat penyata
sehingga menjejaskan binaan ayat tersebut. Perhatikan beberapa ayat demikian di
bawah seperti yang berikut:
1.
Dia belum pasti siapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
2.
Salman mahu makan apa yang disukainya.
3.
Shubana bingung kenapa dia dimarahi oleh ibunya.
4.
Saya pun tidak tahu mengapa dia tidak menghadiri mesyuarat
pada hari ini.
5.
Ibu ingin tahu di mana dia boleh berjumpa dengan pegawai itu.
6.
Shanmugam sudah tahu berapa harga rumah baru itu.
7.
Anak-anak saya sungguh-sungguh berminat untuk mengetahui ke mana
akan kami lancong pada musim cuti ini.
8.
Yang mana
ini nyata tidak mematuhi peraturan jalan raya.