bintang bertabur

Thursday, 29 November 2012

Penggunaan Kata Tanya

Fungsi kata tanya, seperti yang dijelaskan dalam Tatabahasa Dewan dan Kamus Linguistik adalah untuk mengemukakan soalan atau membuat pertanyaan seperti dalam ayat:
1.      Siapakah yang datang pagi tadi?
2.      Ke mana ibumu minggu lepas?
3.      Bagaimanakah peristiwa itu boleh berlaku?
4.      Mengapa saya tidak dipanggil untuk ditemu duga?
5.      Di manakah rumah Puan Asiah?
6.      Kenapa En. Lim tidak hadir?
7.      Kepada siapakah dapat saya mengadu hal ini?
8.      Bilakah Naveen akan balik?
9.      Yang manakah antara dua loket ini, menjadi pilihan anda?
10.  Berapakah harga sebuah rumah itu?
 
Penggunaan kata tanya dalam ayat-ayat di atas memang wajar digunakan untuk mendapat keterangan tentang sesuatu hal. Misalnya, dalam ayat 1 pertanyaan dibuat untuk  ingin tahu orang yang datang pagi tersebut, dan dalam ayat 2 pula tempat yang dituju oleh ibu pada minggu lepas hendak diketahui manakala dalam ayat 5 pertanyaan dibuat untuk ingin tahu tempat tinggal Puan Asiah. Sementara itu, dalam ayat 8 pula soalan tersebut ditujukan untuk mendapat tahu masa Naveen akan pulang, manakala harga sebuah rumah hendak diketahui dalam ayat 10. Memang wajar ayat-ayat tanya ini memuatkan kata tanya di dalamnya untuk menimbulkan pertanyaan.
Tetapi kini sudah muncul binaan-binaan ayat yang dimasukkan ayat tanya dalam ayat penyata sehingga menjejaskan binaan ayat tersebut. Perhatikan beberapa ayat demikian di bawah seperti yang berikut:
1.      Dia belum pasti siapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
2.      Salman mahu makan apa yang disukainya.
3.      Shubana bingung kenapa dia dimarahi oleh ibunya.
4.      Saya pun tidak tahu mengapa dia tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini.
5.      Ibu ingin tahu di mana dia boleh berjumpa dengan pegawai itu.
6.      Shanmugam sudah tahu berapa harga rumah baru itu.
7.      Anak-anak saya sungguh-sungguh berminat untuk mengetahui ke mana akan kami lancong pada musim cuti ini.
8.      Yang mana ini nyata tidak mematuhi peraturan jalan raya.
 

No comments:

Post a Comment