IMBUHAN
Imbuhan "memper-"
1.Terdapat satu bentuk awalan "memper-"yang bergabung tanpa sebarang perubahan pada huruf awal kata
dasarnya.
2.Pengimbuhan awalan "memper-" hanya dapat bergabung dengan kata nama,kata adjektif dan kata tugas
untuk membentuk kata kerja transitif aktif.
Contoh:
i) memperalat (menjadikan alat)
ii) memperbudak ( menjadikan seperti budak)
Contoh ayat :
Tuan kilang itu memperalat pekerjanya untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja.
2. Ayat yang mempunyai lebih daripada satu objek atau predikat disebut sebagai ayat majmuk.
3. Dalam susunan ayat tunggal biasa,subjek diletak mendahului predikat
4. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata,ayat tanya,ayat perintah dan ayat seruan.
Contoh : Subjek predikat
Adiknya menunggu emak
5. Ayat tunggal juga boleh wujud dalam susunan songsang iaitu predikat mendahului.
Contoh : Predikat subjek
Menunggu emak adiknya
No comments:
Post a Comment